//disable right click menu

Wajib ke TUTUP AURAT ni???


Wajib ke TUTUP AURAT ni???


Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca... Diharap kalian berada dalam keadaan sihat & ceria selalu bersama Allah SWT...

Saya kalau soalan ni ditanyakan kepad budak-budak kecil yang berumur 5 tahun pun mereka tahu dan mereka akan menjawab:

" Wajib, kerana ini perintah dan suruhan Allah SWT"

Tapi kenapa masih ada ramai lagi wanita yang tak melaksanakannya ?

Agaknya sebab mereka tak kenal siapa itu Allah SWT? Sebab tu mereka tak endahkan suruhanNya? Ataupun ada yang menjawab "BELUM ADA HIDAYAH LAGI" dan macam-macam alasan la...

Secara ringkasnya, mereka itu yang tidak mahu berubah dan jawapan seperti tadi dijadikan alasan untuk mengelak daripada menerima sinar hidayah Allah SWT...

Kenapa jadi begini??? Sebab kita leka dan alpa dengan keseronokan dunia hinggkan kita lupa akan hubungan kita dengan Tuhan...

Justeru, saya nak berikan sedikit tips menutup aurat [Amnya kpd wanita, kerana fitnah wanita itu lebih besar] sebagai panduan dan alasan kenapa kita mesti menutup aurat???

1. Tahu tak? Muslimah perlu memiliki ilmu, supaya kita tahu akan batasan aurat, ciri-ciri pakaian yg menutup aurat dan berpakaian sopan...

2. Sedarlah bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dilaksanakan sesempurna mungkin. [SOAL HALAL DAN HARAM ADALAH PERKARA BESAR]

3. Syiar @ lambang setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat dan sopan...

4. Fungsi cermin. Sebelum melangkah keluar dari rumah, tanyalah cermin "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat???" Jawapannya ada di hati anda... Tepuk dada, tanyalah Iman kita!!!

5. Asingkan pakaian kepada 2 kriteria, sesuai atau tidak sesuai di pakai di hadapan ajnabi @ lelaki yng bukan mahram. [Pakaian yang seksi misalnya masih boleh di pakai, tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami]

6. Perlu ada sifat malu. Wanita yang biasanya tidak mendedahkan aurat di hadapan ajnabi @ akan berasa malu, takut dan gelisah walaupun sekadar bermimpi tidak bertudung...

7. Berasabat dgn WANITA YANG SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yg ingin berusaha mengubah penampilan...

8. Eksklusifnya semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki? Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah SWT kurniakan sebagai milik ekslusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma... Jika suami pun perlu membayar mahar @ mas kahwin untuk memilikinya...

9. Banyak manfaatnya wanita yang menutup aurat... Hakikatnya mereka dapat melangkah keluar dari rumah dengan lebih yakin dan selamat... Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu risau gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini...

10. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT agar diberikana hidayah dan dibukakkan hati agar dapat memulakan penghijrahan untuk berpakaian menutup aurat dan sopan...

Jadi, tunggu apa lagi??? Pilihan ada di tangan anda... Marilah kita sama-sama mempamerkan keunggulan Islam yg sebenar...

Sekian... (^_^)

Ulasan