//disable right click menu

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan UUM (BDM)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Universiti Utara Malaysia (UUM).


Itulah ayat pertama yang awak akan dengar apabila pertama kali sampai ke bumi UUM, Sintok. Kedah Darul Aman. Tapi bukan pasal UUM saya ingin bercerita. Saya nak berkongsi tentang kos Pengurusan Pembangunan (BDM) yang ditawarkan di UUM. Mesti ada yang pertama kali dengar nama kos BDM ni kan..

Pengenalan

Pertama sekali, Tahniah! saya ucapkan kerana anda telah berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian (BDM with Honours). BDM, stand for Bachelor of Development Management, ia merupakan multidiscipline course atau kos/jurusan pelbagai bidang. Kos BDM ini diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Penilaian Harta dan Tanah, Pusat Pengajian Kerajaan atau School of Government (SoG). Di UUM kami masih gunakan nama Pusat Pengajian atau School. Kalau di universiti lain lebih dikenali dengan panggilan fakulti.


SoG di bawah COLGIS (College of Law, Government and International Studies) atau dalam Bahasa Melayu dipanggil Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa. COLGIS UUM adalah salah sebuah pusat pengajian yang terkemuka dalam bidang Pengurusan Awam dan Pengurusan Pembangunan. Penubuhan COLGIS adalah untuk melatih dan melahirkan graduan yang cemerlang untuk sektor awam dan swasta.



Matlamat Program

Pusat Pengajian Kerajaan (SoG) menawarkan kursus-kursus teori dan amali yang meliputi sains sosial, pengurusan, dasar awam, tadbir urus, pembangunan, ekonomi dan kewangan. SoG telah mendidik dan memperkasakan individu yang komited untuk memajukan kepentingan awam dengan sokongan ahli akademik yang dilatih dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran dan pelbagai pendekatan daripada pelbagai bidang kepakaran. SoG juga menggunakan pelbagai pendekatan dan disiplin ilmu untuk memajukan kepentingan pembangunan sektor awam dan swasta.

Untuk pengetahuan awak, kos BDM juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Lebih membanggakan, kos BDM telah berjaya menerima pensijilan Asean University Network-Quality Assurance (AUN-QA) pada tahun 2015. Maknanya, kos BDM ni selangkah di hadapan berbanding kos-kos lain yang ada di Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US) di Malaysia. Akeditasi peringkat Asean tau, biasanya kos lain dapat MQA level Malaysia je. Hehe..

Dengan tumpuan yang konsisten, selaras dengan keperluan dunia pada pekerjaan dan komitmen kepada pembelajaran berpusatkan pelajar, kebanyakan graduan BDM telah mencapai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di setiap peringkat kerajaan, agensi bukan kerajaan, swasta dan organisasi yang menyokong kepentingan awam.

Struktur Program BDM

Perjalanan kos ni, awak akan belajar kos BDM ini selama 7 semester atau 3 tahun setengah. Awak akan belajar 3 item utama pembangunan iaitu ekonomi, politik dan sosiobudaya. Awak akan banyak belajar tentang akta berkaitan perancangan bandar dan pembangunan negara. Antara subjek yang awak akan belajar ialah Pentadbiran Pembangunan, Penyediaan Pelan Pembangunan, Politik Pembangunan, undang-undang berkaitan hartanah, pembandaran dan jugak sedikit pengenalan kepada designing (menggunakan aplikasi AutoCAD).

Suka saya kongsikan di sini, program BDM menawarkan empat (4) pilhan Minor. Pilihan Minor  ini baru diwujudkan bagi memantapkan lagi kemahiran dan kebolehpasaran graduan selepas menamatkan pengajian nanti. Para pelajar boleh memilih Minor mengikut minat dan kemahiran yang dimiliki bergantung kepada kekosongan tempat yang ditawarkan. Antara Minor yang ditawarkan kepada mahasiswa program BDM ialah:
  1. Komunikasi Korporat (Corporate Communication)
  2. Keusahawanan (Entrepreneurship)
  3. Pembinaan & Pengurusan Projek (Construction & Project Management)
  4. Logistik & Pengangkutan (Logistics & Transportation)

Sedikit gambaran bilangan pelajar dalam kuliah, ianya bergantung kepada subjek. Di UUM kami ada 3 kategori subjek iaitu:
  1. Subjek Teras Universiti (semua pelajar UUM akan ambil) 100-200 orang pelajar.
  2. Subjek Teras Kos (hanya pelajar BDM sahaja) 30-100 orang pelajar.
  3. Subjek Minor (hanya pelajar BDM sahaja) 30-100 orang pelajar.
  4. Subjek Bebas (bebas pilih mana-mana subjek yang ditawarkan oleh kos-kos lain) bergantung kepada kelas.
Selepas menamatkan Ijazah Sarjana Muda (Degree) BDM, awak juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat  Ijazah Sarjana (Master).


Untuk awak yang suka mencari kenalan baru dan  mahu melakukan aktiviti yang menarik. Persatuan Pengurusan Pembangunan adalah persatuan kos yang menguruskan segala aktiviti-aktiviti pelajar BDM sama ada dari aspek akademik, kokurikulum dan rekreasi. Aktiflah sertai aktiviti-aktiviti Persatuan BDM ni. Dijamin seronok dan tak akan rasa menyesal. Sewaktu minggu pendaftaran atau Minggu Suai Kenal (MSK UUM) awak akan diberi pendedahan lebih lagi berkenaan Persatuan BDM ini.

Prospek Kerjaya

Lulusan program ini berpeluang untuk berkhidmat sebagai pengurus dan pelbagai jawatan di agensi kerajaan dan swasta, khususnya yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan sosial di peringkat tempatan dan antarabangsa. Graduan boleh mencebur diri sebagai pegawai pentadbiran, pegawai pembangunan persekutuan dan negeri, pengurus projek, eksekutif perancangan projek dan kerja-kerja dengan agensi-agensi bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa. Para graduan juga boleh menjadi sebagai pakar dalam pembangunan sosio-ekonomi dan bidang-bidang lain seperti dalam perkhidmatan media, pendidikan dan syarikat trans-nasional.

Antara peluang kerjaya yang boleh anda terokai selepas tamat pengajian ialah anda boleh bekerja sebagai Pegawai Pembangunan, Pegawai Daerah, Pegawai Perancangan Bandar dan Desa di jabatan kerajaan seperti DBKL, Majlis Daerah, Pejabat Tanah dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kalau di sektor swasta pula anda berpeluang bekerja di syarikat pemaju terbesar dan terkemuka seperti UEM, KLCC Properties, Putrajaya Holdings, UDA Holdings, MK Land dan lain-lain. Mereka ini memerlukan kemahiran seperti kos kita.

Itulah penerangan serba sedikit tentang kos Pengurusan Pembangunan di UUM. Saya harap mampu memberi sedikit gambaran kasar kepada awak yang sedang mencari info berkenaan kos BDM ini. Sebarang pertanyaan awak boleh bertanya terus melalui Facebook, Instagram, Twitter (boleh klik socmed yang saya kongsikan di bar sisi : Rahman Mantop @ rahman_mantop) atau boleh tinggalkan komen di bawah.

Semoga berjaya. Salam perkenalan.

ABD RAHMAN BIN ABD WAHAB
Alumni BDM 2018,
Mantan Presiden Persatuan BDM Sesi 2015/2016.


Hak cipta terpelihara.

Ulasan

  1. Assalamualaikum cik selamat petang, boleh saya tahu adakah penting untuk mempunyai bakat seni lukisan atau subjek lukisan kejuruteraan utk hidup dgn kursus BDM ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Hai! Tak penting dan kalau tak ada bakat melukis jangan risau. Awak akan diajar cara menggunakan aplikasi AutoCAD. Satu aplikasi melukis menggunakan komputer. Lukisan manual pon ada juga tapi tak banyak. Bakat lukisan seni dalam kos ini tidaklah terlalu berat macam kos seni bina dan landskap. Paling penting minat nak terus belajar. Kelas AutoCAD pula hanya satu semester sahaja sepanjang pengajian. Subjek lain lebih kepada teori (bacaan dan pemahaman).

      Padam
    2. aplikasi autoCAD ni setiap komputer ade ke?

      Padam
  2. Assalam. Saya pelajar lepasn stpm. Kputusan stpm saya hanya 2.83 dan muet band 2. Adakah layak kos ini untuk saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Ya. Awak layak memohon program ini. Awak melepasi Syarat Am dan Syarat Khas Program ini.

      Padam
  3. Assalammualaikum.. boleh sya tahu cara untuk buat pemohonan program tersebut?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Awak boleh membuat permohonan program ini di UPU Online.

      Padam
  4. Asalamualaikum nak tya kos ni full inglish ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Kos ini tidak menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Namun ada beberapa subjek akan diajar menggunakan bahasa Inggeris. Awak jangan risau, pensyarah kebiasaannya akan memberi penerangan dalam bahasa Melayu :)

      Padam
  5. Perempuan ada amik tak kos ni? And byk subjek math tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelajar perempuan ramai ambil kos ini. Mana-mana institusi pengajian hari ini memang akan lebih ramai pelajar perempuan daripada lelaki :) Subjek berkaitan Matematik dalam kos ini tak banyak pon. Seingat saya ada dua (2) subjek sahaja yang ada kira-kira. Subjek Statistik Sains Sosial dan Penilaian Projek.

      Padam
  6. Hai, boleh saya tahu berap yuran untuk kos ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, yuran program BDM ini lebih kurang RM10 647.00. Perincian yuran awak boleh rujuk di pautan (link) ini: http://www.uum.edu.my/admissions-uum/undergraduate/local/bachelor-of-development-management.html

      Padam
  7. Thank you share info, sangat membantu ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome. Thank you for your support ^_^

      Padam
    2. Boleh saya tnya klu terima kos ni ada peluang pekerjaan tak

      Padam
  8. hai assalamualaikum. nak amik ijazah dalam bidang BDM ni tgok math di peringkat spm tak? kalau math di peringkat spm gagal boleh masuk uum ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai. Waalaikumussalam. Kalau ikutkan Syarat Kemasukan. Di peringkat SPM pelajar perlu mendapatkan LULUS (Gred C) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah sahaja. Jadi awak masih berpeluang untuk mengambil kos BDM ini.

      Padam
  9. assalamualaikum nak tanya, mcm kos ni kan belajar 3thn stgh, kiranya sem 6 tu merupakan semester terakhir kan sebelom mula praktikal, boleh x sambung master terus waktu tgh buat praktikal atau kena bagi habis semua dulu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Perlu selesaikan praktikal/ latihan industri dahulu. Hal ini kerana transkrip akademik akan dikeluarkan setelah selesai menjalani praktikal. Permohonan untuk sambung belajar ke peringkat Master perlu sertakan salinan transkrip akademik sebelum memperoleh Ijazah.

      Padam
  10. Kalau MUET band 1 boleh tak ambil kos BDM ni ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dulu.. kalo MUET band 1 @ 2.. kena ambik kelas English Foundation &2 selama 2 semester.. kalo dapat MUET dapat Band 3.. boleh skip kelas English Foundation 1&2.. dapat tranfer credit...

      Padam
  11. Sekarang author bekerja sebagai apa setelah selesai pengajian dalam bidang ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang saya bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

      Padam
  12. terbaik blog ni. Saya pelajar UUM kos BDM. Sekarang sem 5. Nak tanya pendapat author, andai saya nak buat master dalam kos ni, IPTA mana yang boleh ? sebab setahu saya di UUM takde kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. UUM tak ada Master untuk Pengurusan Pembangunan.. Roomate saya ambik Master Business Study kat UUM juga sekarang kerja sebagai PTD.

      Padam
    2. Terima kasih saudari untuk sokongannya. Buat masa sekarang UUM tak ada Master dalam BDM. Untuk Master dalam kos berkaitan BDM saudari boleh sambung di UiTM, UKM, UTM dan lain-lain UA.

      Padam
  13. Anak saya menamatkn pengajian kos pengurusan pembangunan di uum pada februari 2020. Sehingga skrg march 2021 anak saya belum mendapat pekerjaan hingga skrg. Apakah jawatan yg sesuai untuk nya.....bila beritahu kawan, family mereka ketawa dn brtnya kos apa tu dn jawatan apa tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Try mohon kerja online di SPA, insya Allah akan dapat. Semoga dipermudahkan

      Padam
    3. Terlebih dahulu saya mohon maaf tuan/puan. Berdasarkan pemerhatian saya ramai graduan kos ini mendapat pekerjaan selepas tamat belajar. Pekerjaan zaman sekarang tidak semestinya berdasarkan kos yang kita belajar di universiti. Zaman sekarang zaman persaingan. Dapat pekerjaan yang baik zaman seakarang pon sudah bersyukur. Sementara mencari/mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan berkaitan dengan kos. Bolehlah terima dahulu tawaran pekerjaan sekarang untuk kumpul pengalaman. Semuanya bergantung kepada rezeki dan tuah (luck).

      Berkenaan jawatan yang layak dipohon kebanyakkan berkaitan pentadbiran dalam bidang pembangunan bandar, pengurusan projek dan pengurusan tanah. Antara peluang kerjaya yang boleh anda terokai selepas tamat pengajian ialah anda boleh bekerja sebagai Pegawai Pembangunan, Pegawai Daerah, Pegawai Perancangan Bandar dan Desa di jabatan kerajaan seperti DBKL, Majlis Daerah, Pejabat Tanah dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

      Padam
  14. Anak saya bru mndpt interview hr ni pukul 11....
    Kos pengurusan pembangunan ssh utk mndpt krja......hr hairan kos ni utk jawatan apa.....sedih sgt ........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terlebih dahulu saya mohon maaf tuan/puan. Berdasarkan pemerhatian saya ramai graduan kos ini mendapat pekerjaan selepas tamat belajar. Pekerjaan zaman sekarang tidak semestinya berdasarkan kos yang kita belajar di universiti. Zaman sekarang zaman persaingan. Dapat pekerjaan yang baik zaman seakarang pon sudah bersyukur. Sementara mencari/mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan berkaitan dengan kos. Bolehlah terima dahulu tawaran pekerjaan sekarang untuk kumpul pengalaman. Semuanya bergantung kepada rezeki dan tuah (luck).

      Berkenaan jawatan yang layak dipohon kebanyakkan berkaitan pentadbiran dalam bidang pembangunan bandar, pengurusan projek dan pengurusan tanah. Antara peluang kerjaya yang boleh anda terokai selepas tamat pengajian ialah anda boleh bekerja sebagai Pegawai Pembangunan, Pegawai Daerah, Pegawai Perancangan Bandar dan Desa di jabatan kerajaan seperti DBKL, Majlis Daerah, Pejabat Tanah dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

      Padam
  15. Saya adalah lepasan LuLUsan Ijazah Pengurusan Pembangunan Intake A03 ... Ada betul jugak yang cakap kursus ini susah nak dapat kerja... Tapi tidak semestinya.. ianya bergantung juga kepada rezeki@luck seseorang...
    Kebanyakan kawan-kawan saya dari kelas Intake A03.. ramai dapat kerja sebagai pegawai PTD,cikgu KPLi,Pegawai Pembangunan Masyarakat.. untuk sektor swasta ada yang kerja sebagai planner company developer...

    Akhir kata.. inshallah di permudahkan rezeki... Ameen...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Betul tu saudara/saudari. Semuanya bergantung kepada rezeki dan tuah (luck). Pekerjaan zaman sekarang tidak semestinya berdasarkan kos yang kita belajar di universiti. Zaman sekarang zaman persaingan. Dapat pekerjaan yang baik zaman seakarang pon sudah bersyukur. Sementara mencari/mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan berkaitan dengan kos. Bolehlah terima dahulu tawaran pekerjaan sekarang untuk kumpul pengalaman. Terima kasih saudara/saudari untuk perkongsian pendapat ini. :)

      Padam
  16. assalamualaikum saya nk tanya kalau markah merit 79.4 agak2 lepas tak dengan jurusan ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Boleh saya tahu markah merit apa itu? Diploma atau STPM?

      Padam
  17. Balasan
    1. Awak akan belajar 3 item utama pembangunan iaitu ekonomi, politik dan sosiobudaya.

      Padam
  18. Bidang ni sama tak dengan civil engenering?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak sama. Civil engenering lebih kepada teknikal. Kos BDM lebih kepada pengurusan.

      Padam
  19. Hi saya dapat kos ni.. Nak tanya.. Exam kos ini fully english ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak fully english. Ada sesetengah subject sahaja yang diajar di dalam bahasa inggeris, walaubagaimanapun pensyarah akan memberi penerangan dalam bahasa melayu kepada pelajar seperti kebiasaannya.

      Padam
  20. Pengurus pembangunan dengn ukur bangunan mana lebih baik

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum saya nak tanya saya dapat kepujian dalam bm sej dan E dalam matematik, D dalam subjek inggeris. Kemudian saya sambung ke stpm dan mendapat band 3 untuk muet adakah saya layak untuk mohon subjek ini?

    BalasPadam

Catat Ulasan